GempakBox.Net

MCC on Harian Metro – Perangi penggodam

May 18, 2012 by · Leave a Comment
Filed under: Semasa 

Akhirnye penantian para-para peserta yang hadir ke Malaysian Cyber Conference 1.0 telah tiba. Saat-saat penantian menunggu MCC di dada akhbar Harian Metro yang dijemput khas pada malam tersebut. Pastinya kenangan yang terindah terpahat di ingatan para peserta. Artikel di Laman Sensawang Harian Metrohttp://www.hmetro.com.my/articles/Askarsibersukarela/Article

 

Di laman social Youtube – MetroTV

Terima kasih kepada wartawan Gaddafi Musli serta warga Harian Metro kerana sudi menyiarkan artikel ini ;)

Seketika Jiwang di MCC

May 14, 2012 by · Leave a Comment
Filed under: Semasa 

Malaysian Cyber Conference

Vyrec

Seketika Jiwang di MCC – Malaysian Cyber Conference anjuran MCC & vyrec yang bertempat di Herritage Hotel Ipoh 12 Mei 2012. Read more

Himpunan Madah Pujangga

May 6, 2012 by · Leave a Comment
Filed under: Nukilan 

1. “Menuduh orang tak mandi adalah taktik untuk menafikan kebusukan diri”.. maksudnya : Divert (mengalihkan) perhatian terhadap isu yg lain adalah kaedah berkesan untuk membuat orang lari fokus pada perkara pokok..

2. “Orang buta yang berada di bilik yang terang sudah pasti tidak dapat melihat.. sama juga orang celik yang berada di bilik yang gelap”.. Cahaya hidayah tidak akan memancar pantulannya melalui akhlak daripada seorang yg gelap hatinya, juga hati yang cerah tidak akan dapat memantulkan cahaya sekiranya tiada hidayah yg masuk ke hatinya.. maka berdoalah untuk mendapat hidayah, dan untuk mendapatkan hati yang cerah..

3. “Tawanlah hati manusia dengan menawan perutnya”.. maksudnya : rajin belanja dan memberi makan kepada orang lain, akan mewujudkan tautan hati antara kita.. Read more

Rovio buka taman tema Angry Birds

March 22, 2012 by · Leave a Comment
Filed under: Semasa 
Juhaida Azmi liked this post


PERMAINAN mudah alih Angry Birds paling banyak dimuat turun.
Usaha perluas permainan mudah alih menjadi jenama ala Disney

ROVIO, syarikat yang menghasilkan permainan Angry Birds bekerjasama dengan peruncit utama AS untuk menjual barangannya dan merancang untuk membuka taman tema di Britain dalam usaha untuk meluaskan permainan mudah alih menjadi jenama ala Disney.
Ketua Pemasaran bagi syarikat dari Finland yang menghasilkan permainan paling banyak dimuat turun, Peter Vesterbacka, berkata Rovio tidak hanya dilihat sebagai syarikat permainan, malah sebagai jenama hiburan.
“Kami mahu menjadikan Angry Birds sebagai sebahagian daripada satu budaya pop yang kekal,” katanya dalam satu temubual di London yang turut membandingkan dengan jenama Sanrio iaitu Hello Kitty atau Nintendo Mario. Read more

Gaji Baru SSM 2012

March 20, 2012 by · Leave a Comment
Filed under: Semasa 
Juhaida Azmi liked this post

Jadual gaji baru SSM 2012 ini telah di rangka oleh seorang pegawai kerajaan yang berkhidmat di syeksen kewangan. Dalam jadual gaji baru 2012 ini kami hanya menyediakan tangga kenaikan gaji dari gred n17, W17, 44, 48 dan 52.

Arahan penting : anda juga diminta untuk menyemak dan kira gaji selebihnya, sebab kami tidak memberikan selengkap nya ini kerana seperti gaji gred 17 tangga gajinya banyak dan berjela. Selain itu jika ada kesalahan sedikit itu biasa, mohon anda menyemaknya lebih telus. Perlu juga diingatkan matriks sebenar jadual kenaikan gaji baru SSM belum dikeluarkan oleh JPA, sekiranya kami mendapati ianya telah pun release insyallah kami akan kongsikan disini.

Read more

Iktibar daripada Penciptaan Manusia

March 14, 2012 by · Leave a Comment
Filed under: Islamic 

“…(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).” - Surah Al-Baqarah: Ayat 255

Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang Maha Agung. Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, manusia ialah makhluk yang mempunyai akal budi.

Jika diperincikan lagi maksudnya, akal daripada aspek manusia bermaksud dapat berfikir, manakala budi pula bermaksud kebijaksanaan.

Jadi bolehlah dirumuskan secara ringkas dan umum daripada segi bahasa, bahawa manusia itu adalah makhluk yang dapat berfikir dengan bijaksana. Read more

Wan Shades saman pengendali Rotikaya.com

February 25, 2012 by · Leave a Comment
Filed under: Semasa 
Nur Hidayah liked this post

KUALA LUMPUR: Bekas penyanyi kumpulan Shades, Mohamad Faizal Mohd Ali atau Wan Shades akan mengambil tindakan saman terhadap pengendali blog hiburan Rotikaya.com kerana menerbitkan artikel yang dianggap memfitnahnya.

Katanya, artikel bertajuk Wan Shade Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol anak Tiri Selama Tujuh Tahun secara jelas merujuk kepada dirinya.
Artikel itu dikeluarkan dalam blog Rotikaya.com pada 20 Februari lalu. Bagaimanapun, artikel itu sudah dikeluarkan daripada blog berkenaan.
Wan berkata, tindakan undang-undang terpaksa diambil untuk memberi pengajaran kepada pengendali blog itu supaya bertanggungjawab terhadap artikel yang dikeluarkannya selain meminta mereka tampil untuk menjawab setiap tuduhan yang dilemparkan.

“Artikel yang dikeluarkan adalah satu spekulasi tidak benar dan ia mencemarkan maruah saya sebagai artis dan nama baik saya sebagai Naib Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Daerah Gombak dan Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Gombak Setia,” katanya pada sidang media di rumahnya di Taman Melati di sini, semalam.

Beliau memberi tempoh tujuh hari kepada blogger itu untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

“Saya sedia bersemuka dengan blogger terbabit untuk mendapatkan penjelasan, namun mereka gagal dihubungi,” katanya.
Wan turut membuat laporan di Balai Polis Ukay Perdana pada hari sama selepas membaca artikel berunsur fitnah diterbitkan dalam blog berkenaan.

Sumber ~ Beria Harian 25/2/12

Atikah & Atirah The Twin Gurls

February 16, 2012 by · 6 Comments
Filed under: Sensasi 
Chezzy Wedges, Atikah Norddin liked this post

Ha!! ingat lagi tak pasal review yang lepas? Youtube Medan Mencurah Bakat ni..

kalau kawan2 ade tengok muzik-muzik minggu lepas, kalau perasan la..ade Muzik-muzik tube pasal Atikah & Atirah ni..

mesti ramai yang tertanya-tanya siapa kembar yang comel ni?? jom tengok interview ringkas Jiwang bersama Atikah.

Jiwang – sejak bilakah atikah dan kembar atikah minat dalam dunia hiburan ni?

Atikah - sejak form 2, hari guru.. then terus perform terus dgn ayah & band kiranya mcm local artis, hehehe.. penyanyi tempatan , start form 3 dah mula perform di hotel2, contract.

Jiwang -  ape pandangan family terhadap atikah & twin bila tau atikah & twin minat dalam dunia hiburan?

Atikah - ayah saya mmg seorang pemuzik. kiranya 1family berkebolehan dalam muzik, mmg perform sekali dgn ayah. kiranya 3piece band, saya twin & ayah.

Jiwang -   sekarang study di UITM dalam bidang Muzik..so dh sem berape skg?

Atikah -  sekarang dah semester 4, atikah dalam classical vocal & atirah dalam classical guitar

 

Jiwang -    mcm mane perasaan anda bila dapat jemputan dari tv3?

Atikah -  Alhamdulillah  besyukur.. kami mmg dalam proses untuk menunju ke industri muzik ni, tp masing2 tgh sibuk belajar lagi, masih mengumpul ilmu muzik betul2.. hihihi  syukur..

Jiwang -    anda berdua berasal dari mana?

Atikah -  HAHAHAHA, KAMI OGHANG UTAGHA KANGAQ PERLIS!
terima kasih .

itulah serba sedikit interview yang serba ringkas..anyway, Jiwang nk ucapkan banyak2 terima kasih sebab Atikah ni betul2 sporting mase interview. harap2 esok2 dh jadi artis terkenal, jgn lah lupekan kami kt Jiwang ni yep.. Jiwang ucapkan semoga Atikah & Atirah yang comel ni Berjaya dalam bidang yang diceburinye :D

 

p/s ~ klu buat album nanti, sudi2 lah bagi Jiwang dgr lagu tu..mcm biasa..nk review pasal album plak. :P

Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine’s Day

February 14, 2012 by · Leave a Comment
Filed under: Islamic 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine’s Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Zamani feat Sharifah Zarina – Tak Keruan

February 8, 2012 by · 1 Comment
Filed under: Lirik, malaysia 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tak seorang yang ambil tahu
Tak seorang pun ambil peduli
Sehinggalah dikau yang datang
Dan membawa bersama hatimu

Mana mungkin ku persiakan
Bila cinta aku ketahuan
Debar kencang aku rasakan
Bergetaran di dalam hatiku
Read more

Next Page »

  • Waktu Solat

    اثنين
    29 Jamadil Akhir 1433
    Now : Sunrise (07:02)
    Next : Dhuhr (13:09)
  • Rileks FM





  • Follow me :)




  • Jiwang Tweet


  • AdSense


  • Sponser